Assalamualaikum and Hi Hampa
Selalu dengaqkan Vivix Shaklee yang merupakan salah satu item Shaklee yang premium dan agak harga Kayangan. Harini kak long nak ajak hampa semua untuk berkenalan dengan VIVIX! Apa sebenarnya Vivix ni?
Jom Kenali Vivix Shaklee!
Kalau hampa nak taw, Vivix adalah salah satu suplemen yang sangat premium daripada Shaklee yang tinggi dengan kandungan antioxidant. Vivix adalah satu-satunya supplement yang berjaya menembusi sel badan sehingga ke peringkat DNA. Vivix merupakan minuman botani anti-aging atliau anti penuaan yang terbaik dan bagus untuk kesihatan menyeluruh.
Dalam hasil kajian yang dijalankan, menunjukkan sel di dalam badan kita akan diganti lebih 300 bilion sehari dan 200 juta pada setiap minit.Walaubagaimanapun, sel-badan kita berisiko mengalami kerosakan disebabkan oleh banyak faktor seperti rembesan radikal bebas di dalam badan yang berlaku akibat daripada gaya hidup kita seperti amalan pemakanan yang tidak sihat, tekanan hidup, kekurangan tidur, kurang bersenam dan sebagainya.
Jika tidak di rawat, akan menyebabkan pelbagai masalah kronik yang tidak diinginkan seperti kanser, masalah jantung, merosakkan buah pinggang, diabetes dan lain-lain.
Jadi, kandungan serta ramuan Vivix yang hanya menggunakan bahan semulajadi dan sangat tinggi dengan antioxidant mampu meningkatkan tahap kesihatan dan membantu membaiki sel-sel badan yang rosak.
Jom kita lihat bahan-bahan kandungan yang ada dalam Vivix Shaklee.
Bahan Kandungan Vivix Shaklee
Antara bahan-bahan yang terkandung dalam Vivix Shaklee adalah:
Purple carrot
Muscadine grape
European Elderbery
Japanese Knotweed
Yang menariknya, di dalam tumbuh-tumbuhan di atas terdapat campuran 16 jenis polifenol dan salah satu bahan utamanya adalah Resveratrol yang mempunyai antioxidant yang jauh lebih tinggi.
Resveratrol dirujuk di lebih 2500 penerbitan penyelidikan termasuk kajian yang dijalankan oleh University Harvard.
Berdasarkan kajian klinikal dijalankan, Resveratrol sangat membantu untuk memelihara sel DNA yang rosak kesan daripada radikal bebas.
Sekarang Jom kita lihat, apa fungsi setiap bahan diatas:
1.Muscadine grape
Ia merupakan anggur yang istimewa dan lain daripada anggur yang lain. Sebabnya? Ia mempunyai extra kromosom. Extra kromosom ini membuatkan ia dapat membantu menyihatkan sel-sel manusia yang rosak serta betulkan kerosakan genetik.
Ia juga baik untuk kesihatan jantung. Membantu salur darah sentiasa sihat & tidak tersumbat.Kaya dgn antioksidan yang melawan radikal bebas.
2.Purple Carrot
Merupakan salah satu daripada super food. Mempunyai Astaxanthin dan Anthocyanin dan kaya dgn antioksidan.Warna ungu pada carrot mempunyai pytochemical yang sgt bagus utk kesihatan manusia.
Purple carrot ini dapat membantu untuk mengurangkan keradangan, menggalakkan penglihatan yang sihat, meningkatkan keanjalan salur darah
3.Japanese Knotweed
Japanese Knotweed mempunyai bahan yang sangat bagus untuk kesihatan perut.Ia juga melindungi daripada penyakit jantung dan kanser.Bantu merendahkan tekanan darah tinggi.Bantu menyihatkan sel pankreas pesakit diabetes dan bantu penghasilan insulin semulajadi.
4.European Elderberry
European Elderberry sangat bagus utk kesihatan pernafasan. Ia juga meningkatkan kesihatan sistem imun badan. Bantu lawan selesema, demam dan serangan influenza.Mengandungi Ellagic Acid yang bertindak membantu melawan kanser dan jankitan virus/bakteria.
Apa Yang Buatkan Vivix Shaklee Istimewa?
- Mempunyai hak ekslusif iaitu 5 paten terhadap Vivix, Shaklee mempatenkan hak ke atas 4 tumbuhan yang hebat tanpa sebarang pengawet.
- Merupakan gabungan resveratrol dan 16 jenis polifenol.
- Shaklee mempaten kan “Cold Filling Extraction” Process ekslusif utk Vivix Shaklee.
- Menggunakan bahan semulajadi, berkesan dan selamat serta baik untuk kesihatan menyeluruh.
- Resveratrol iaitu kandungan di dalam Vivix telah dirujuk di lebih 2500 penerbitan penyelidikan termasuk kajian yang dijalankan oleh University Harvard.
Vivix untuk kesihatan pada tubuh badan
1. Bertindak sebagai anti radang
Bantu kurangkan masalah keradangan seperti jerawat di kulit, keradangan dalam organ atau sel badan. Membantu mengurangkan risiko penyakit kanser menjadi lebih serius.
2. Membaiki dan melindungi sel badan
Vivix dapat membantu memerlahankan kadar kerosakan sel dalam badan akibat daripada radikal bebas. Sel dalam badan juga dapat dilindungi oleh Resveratrol dan Polifenol daripada mengalami kerosakan.
3. Melambatkan proses penuaan
Hasil kajian klinikal menunjukkan Vivix mampu mengaktifkan satu pengawalan genetik utama yang bertindak melambatkan penuaan tahap sellular. Vivix membantu membaiki sel badan dari peringkat DNA, jadi Vivix adalah supplemen anti-penuaan terbaik.
4. Membantu melambatkan proses penghasilan protein AGE
Ramuan Vivix yang mempunyai antioxidant yang sangat tinggi bantu melambatkan penghasilan AGE (Advanced Glycation End Product). AGE terhasil akibat lebihan gula dan protein. AGE sangat bahaya kerana ia mampu merosakkan sistem tubuh badan manusia. AGE juga adalah antara faktor utama kepada masalah penyakit kronik.
5. Membantu mengawal paras gula dalam darah
Karbohidrat yang diambil apabila dicerna akan menghasilkan gula yang bertindak memberi sumber tenaga kepada badan kita. Namun, sekiranya pengambilan karbohidrat dan gula adalah dalam kuantiti yang banyak, ia akan meningkatkan kadar gula dalam darah. Vivix mengandungi kandungan polifenol yang tinggi didapati daripada anggur muscadine yang bantu melambatkan proses pencernaan karbohidrat dalam badan sekaligus mengurangkan risiko peningkatan paras gula dalam darah.
6. Menyokong kesihatan jantung dan membantu masalah penyakit strok
Vivix mengandungi kandungan resveratrol yang tinggi yang bertindak membantu mengurangkan potensi mendapat penyakit jantung dan darah tinggi. Reveratrol dapat mebantu menurunkan jumlah kolestrol LDL, lemak, dan trigliserida di dalam badan serta membantu meningaktkan kolestrol HDL dalam darah.Resveratrol juga membantu menurunkan kepekatan darah sekaligus mengurangkan risiko terjadinya pembekuan darah. Resveratrol melindungi salur darah daripada proses pengoksidaan yang membantu mengurankan pembentukan plak.
7. Mengurangkan risiko kerosakan mata dan mempercepatkan proses penyembuhan luka
Kandungan Polifenol Anthocyanins di dalam Vivix bertindak membantu dalam membaiki masalah penglihatan dan mempercepatkan penyembuhan luka.
Haa, bestkan kalau dah tahu manfaat Vivix pada diri sendiri kan? Nak tahu lebih detail mengenai VIVIX SHAKLEE?
Kak Long Ninie
Pengedar Shaklee Jitra Alor Setar Kedah
0 Comments